• All
  • Category 1
  • Category 2
gravatar

UNDILAH PULAU SIPADAN

Khamis, 19 Feb 2009 - Pulau Sipadan, Sabah, Malaysia telah terpilih dalam pencalonan 'The New 7 Wonders Of Nature' yang dikendalikan oleh The New 7 Wonders Foundation. Pulau Sipadan berada dalam 'GROUP B - Islands' dan ranking terkini berada pada kedudukan 17 dari 30 pulau ternama dunia.

Seperti 'Tujuh Keajaiban Dunia' terkenal yang lain seperti Taj Mahal dan Tembok Besar Cina, jika Pulau Sipadan berjaya dalam pemilihan ini, ia sekaligus akan membawa masuk lebih ramai pelancong ke negara ini. Anda juga boleh membantu dalam 'Kempen Undian On-line' yang disediakan pada laman web rasmi 'New 7 Wonders' iaitu di http://www.n7w.com

Pencalonan Pulau Sipadan untuk 'Tujuh Keajaiban Dunia Semulajadi' telah melepasi Fasa Pertama 'New 7 Wonders' dan kini kempen undian Fasa Ke-Dua sedang dijalankan sehingga 7 Julai 2009. Dalam fasa ke-dua ini terdapat 261 pencalonan 'tempat-tempat menarik alam semulajadi' dan hanya 77 calon sahaja layak untuk ke Fasa Ke-Tiga kelak. Namun setakat ini, Pulau Sipadan masih belum berada dalam ranking 77 ini.

Sebagai anak jati negeri Sabah,kita harus bersatu untuk memberi undian kepada pulau Sipadan,kerana jika dipilih dan menjadi finalist,sudah tentu ramai pelancong2 dari seluruh dunia akan melawat negeri Sabah sekaligus menambah pendapatan ekonomi negeri.

Saya harap kita semua akan memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan impian anak-anak negeri Sabah.