• All
  • Category 1
  • Category 2
gravatar

Makna SEX:

Alkisah seorang anak perempuan yg baru masuk tadika bertanya kepada ibunya,
mummy,mummy?sex tu apa mi?..
Terkedu lah si ibu,terasalah akan kemodenan zaman sekarang yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.sesuai dengan konsep pendidikan seks yg sedang hangat di perkatakan,mula lah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dgn harapan anak nya tak kan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.maka si ibu mula memberi kan jawapanmengenai apa itu seks dgn perumpamaan antara kumbang dan bunga,di ikuti dgn pembentukkan bayi dlm kandungan dan di selit kan juga dgn kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.Tiba tiba si anak menangis teresak esak...si ibu kehairanan dan bertanyal alu si anak menjawap dalam tangisan...."jawapan mummy tu panjang,ruangan jawapannya pendek saja ni",seraya menyerah kan buku latihan di mana ruangan yang ingin di isi ada lah profil pelajar di muka hadapan buku tersebut.

NAME :
SEX :
CLASS:
SUBJECT :